9 Jan 2015

Filled Under:

Subuh Berjemaah. Berdayakah kamek? :/

*Watak : Ali dan Ahmad
Satu pagi yang hening...
"Ali, bangun gik kau. Ju pergi Subuh kat suro."

"Emmmm..." (sambil menukar posisi tidur)

"Ju lah... x da rugi kau pergi Subuh kat suro ya..."

"Oke, pukul brapa kinek?"

"Pukul 4:55. Subuh pukul 5:23. Aritok aku rasa aku mok azan"

"Aoklah... tunggu aku lok. Aku takut jalan sorang. Hehehe."
Tepat pada pukul 5:15, dua orang sahabat itu bergerak ke Surau Darul Faizin.
Setelah sampai, Ahmad menanti masuk waktu azan Subuh dengan membaca Al-Quran. Ali pula menyambung tidurnya. Terdapat beberapa orang junior turut menghadirkan diri ke surau tersebut.
"Tiiitiiittt, titiitt..."
Bunyi tersebut menandakan hampir masuk waktu azan.
Ahmad berdiri dan masuk ke bilik azan untuk melaungkan azan.
Tidak beberapa selepas itu, mereka pun menunaikan solat Subuh berjemaah dan Ali telah menjadi imam pada pagi itu.
****************
Pada waktu rehat.
"Ahmad, maksehlah bangunkan aku pagi tadik walopun aku sebenarnya malas juak mok pergi Subuh pagi tadik. Hihihi"

"Duhal tek... mun aku sik bangunkan kau pagi tadik mesti ko sik pergi Subuh"

"Aok aok, sori. :3. Ko tauk ka apa bagusnya solat Subuh berjemaah? Ne tauk pastok aku jadi rajin kah pergi suro. Kau pun dapat juak pahala sebab tolong aku."

"Hmmm... jap, aku ingat balit lok. Aku ada baca sigek artikel kat tenet ria. Kelak dalam kelas aku berik ngan kau, nasib bait aku ada print sigek tek. Aku plan tek mok engkah nya kat suro."
Setelah tamat waktu rehat, Ali dan Ahmad bergerak ke kelas Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu mereka telah mengambil cuti sakit, maka tiada guru masuk ke kelas pada waktu itu. Kesempatan inilah diambil oleh Ahmad untuk memberikan artikel yang di'print'nya untuk diberi baca kepada Ali.
Ali telah membaca atikel tersebut tetapi kurang jelas mengenainya. 

"Mad, aku maseh sik berapa nak paham gilak artikel tok. Nya dalam bahasa Indon indah... hahaha... sik ko ambik nok dalam Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit skali bagus juak... hahaha"

"Ngegeh kau ya... hahaha... Part ne ko sik paham ya?"

"Nok tok..." (sambil Ali menunjukkan ke arah ayat yang tidak difahaminya itu.)

"Oh... macam tok critanya...

Rasulullah S.A.W tauk nok waktu solat Subuh adalah waktu solat nok paling susah umatnya mok molah sebab waktu ya, orang gik tido. Jadi, Rasulullah SAW mengkhususkan solat Subuh ya ada kelebihannya dikpun, sik kedak solat lain.

Banyak gilak keutamaan dalam solat Subuh. Ya lah molah Solat Subuh tok special. 

Antaranya, Rasulullah pernah doakan umatnya nok bergegas solat Subuh dengan doa “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).
Kedakya lah doa Rasulullah S.A.W tek...

Kita semua tauk, mun Rasulullah berdoa, sikda hijab antara nya dengan Allah sebab nya dikpun secara jasad adalah orang nok paling dekat dengan Allah.

Pasya, solat Subuh tok ganjarannya nang best. Tok hadisnya :
Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud: Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab Solat]
Best sik?

Nok tok paling best. Dolok ada sorang Yahudi tok, nya madah benda nok nya paling takut nak mun orang Islam solat Subuh berjemaah rame-rame kedak waktu orang solat Jumaat.

Tapi, coba kau nangga kinek. Contoh terdekatlah, kat sekolah kita. Berapa kerat jak tubuh orang nok pergi Subuh? Yah...."
"Ehhh... ilek lok. Bukan tadik kau madah mok crita ngan aku kelebihan solat berjemaah waktu Subuh kah? Ne part berjemaah nya ne?"
"Oh... page tok nya. Ya lah kau... baca page tok ajak. Page nok tok ko sik baca. Tok aku sambung...

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)
Best nak? Ya maksudnya, solat Subuh berjemaah sama kedak nya berQiam..."
"Oh... Yarabbi Mad. Mun ko sik cerita ngan aku tek, sikda aku tauk pasal benda tok, Mad. Banyak da jak peluang aku bazir kedak ya ajak. Serius aku rasa mok solat Subuh berjemaah tiap hari kat suro pastok!"
"Aok. Baguslah kedak ya. Kau ada rasa mok berubah. Pastok, sik mok gik aku dengar kau madah kau malas la, belom kuat iman lah. Ingat Ali, Allah dah madah dalam Quran nok tipu daya setan ya lemah. Mun kau terkenak tipu daya setan, maksudnya ko gik lemah dari setan.
Ingatlah Ali, mun ada time ya ko rasa dirik kau madah dalam hati nok kau blom kuat lah, apa lah, sebenarnya ya setan nok hasut kau. Cuba pike positif, nang gerenti ko boleh. Ko tauk crita Sultan Muhammad Al Fateh nak? Baruk 2 tahun jadi sultan. Pasya mudak gik ya time nya bukak nak Istanbul nektok. 

Kedak sik masok akal jak tapi kdk ya lah realiti nya"
"Ok mad! Aku akan berusaha, In Sya Allah, akan jadi orang kedak Sultan Muhammad Al Fateh!"
**************
Gambar ihsan : Google
Sumber rujukan : Ini dan ini.

0 komen:

Catat Ulasan

Hakcipta @ 2015 Blog BADAR SainsKu.