17 Jan 2015

Filled Under:

Perjalanan... dugaan? atau kesempatan?

17 Januari 2015

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian..
Semoga kehidupan anda sentiasa ceria dan diberkati Tuhan Yang Maha Esa..

*********************************************************************************
Mungkin, sebahagian daripada kita berpendapat, perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain satu benda yang amat menyeronokkan. Ada juga yang berkata, " Aku, kalau sehari tak keluar rumah tak sedap badan daa..". Tidak kurang juga, kata-kata yang 'indah' akibat peritnya menahan penderitaan menunggu. Itulah manusia. Pendapat yang diluahkan tidak semestinya benar dan kadang kala tak masuk akal langsung tapi luahan itulah yang mencerminkan 'rupa bentuk' hati yang sebenar.



Perjalanan Dua Sahabat

Watak dua orang sahabat ini, Wan dan Os, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah pergi. Kalau ter'kena' skali pun, kebetulan sahaja...

Budak budak ni berpakat nak balik Miri setelah 5 tahun belajar di SainsKu. Manusia sebagai hamba hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan segalanya...

( Wan : Aaa, admin? dah boleh mula ke? Aku rasa queue ni dah lama sangat.. )

laa... boleh pulak dia potong skrip  -_-'  ye laa...ACTION!!!

*********************************************************************************
Bermulalah cerita bebudak ni....

Wan : Os, bangun ler... karang lewat nanti baru kau tau..
Os :    Rilek la bro, kit kat kan ade...
Wan : Kit Kat abah kau.. Dah pukul 9 dah ni.. Kau ingat Miri tu dekat ke? Paling paling pun 12 jam              baru sampai...
Os :    Baik Bos~~..kejap lagi aku stand by..
Wan : Ok! aku tunggu dalam keta.

*********************************************************************************
Setelah 4 jam memandu, bebudak ni...aaa -_-' mengkome bacalah kalau nak tahu...


Os :    Alamak bro! jam la pulak...
Wan : Kan aku dah cakap tadi bangun awal!bangun awal!kau tak nak dengar...kan dah 'jam' dah ni?!!
Os :    hehe....aaa!!! Kau ingat tak ape bebudak Badar kita cakap? Setiap musibah tu ada hikmahnya..
Wan : Ni kes nak tukar topik lah kan?
Os :    Yelah, aku tau aku yang salah...tapi kau tahu?aku masih musykil satu benda..
Wan : Amende?
Os :    Apasal antara dialog kita ni... macam ade suara latar....
Wan : (-_-') hmphhh...

 *********************************************************************************
Terima kasih lah korang...atas lokanan yang hebat..haha -.-


Rasanya, skrip lakonan ni sudah lama basi kan? Situasi yang sentiasa berlaku tiap hari tanpa mengira siapa dan di mana...

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Siapa sangka satu perjalanan simple balik ke rumah boleh menjadi satu medium melombong dosa? atau siapa boleh terfikir nikmat berfikir manusia mampu menjadikan setiap kilometer dipenuhi ganjaran pahala?

****************************************************************************************************
Rakan pembaca sekalian,

Peristiwa yang melibatkan perjalanan sebegini bukan sahaja berlaku pada zaman ni.. malah pernah berlaku pada zaman Baginda S.A.W. 

Biarlah gambar menceritakan segalanya...



Kemudian Baginda Rasulullah S.A.W menoleh dan berkata padanya dan bersabda, 

" Janganlah mencaci syaitan kerana jika kau lakukannya, ia hanya akan membuatnya lebih besar sebesar sebuah rumah. Sebaliknya, sebutlah Bismillah. Jika kau sebut Bismillah, ia akan menjadi semakin kecil sekecil seekor lalat."

*********************************************************************************
Kalau api lawannya??
AIR.

Jadi kalau marah nak buat macam mana? Pi amik wudhu' tok sah nak bising2..
kalau susoh sangat ISTIGHFAR ler bebanyak.

Tapi, apa kena mengena api ngan marah???

Pulok dohh...

********************************************************************************

Dugaan bila dalam 'jam' ni hanya Allah yang tahu...
Dari ujung Perlis sampai ke ujung Sabah
sama je...

Perjalanan kita menjadi satu dugaan tatkala menahan diri daripada 'terbakar' dan mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya..Sedih kita melihat masyarakat kita sekarang ni. Keruntuhan akhlak bukannya satu perkara yang boleh kita mainkan... Inikah yang kita harapkan? Generasi pemacu kemajuan negara. Masyhur kata-kata, " Inginkah kamu melihat majunya sesuatu negara? Lihat sahaja perilaku masyarakatnya.."


Dalam masa yang sama, insan bernama manusia mempunyai idea yang kreatif...Mendidik anak-anak mendengar ayat-ayat suci Al-Quran bukan sahaja di rumah malah di dalam kereta. Memasang VCD
 ( ada lagi ke yang pasang VCD hari ini? ) atau MP3 yang penuh dengan ayat-ayat suci Al-Quran... Sekiranya kita kaji semula, berapa ramaikah umat Islam yang sanggup menjadikan ayat-ayat suci ini sebagai halwa telinga?

*********************************************************************************

Sekadar renungan bersama saudara/saudari yang membaca,

Ini perjalanan kita. Dekat ataupun jauh. Kejap atau lama. Seorang atau bersama taulan. Ketika dalam perjalanan, kita yang harus membuat keputusan samada memenuhinya dengan pahala atau membiarkan sahaja. Ketika berada dalam kesesakan sekalipun, sabarlah sementara menunggu dan senyumlah kerna senyum dapat melegakan marah sedikit. Berbaloikah kita berasa marah yang pasti membuang tenaga seharian kita?

*********************************************************************************


Nah,Itulah perkara yang wajib kita fikirkan. 

Eh, kejap, lupa pulak..
Ni saya sertakan video yang mungkin tak asing bagi sebahagian kita. Video telah banyak memberikan inspirasi. Terima Kasih :D

0 komen:

Catat Ulasan

Hakcipta @ 2015 Blog BADAR SainsKu.