21 Dis 2014

Kain Pelikat Cap Gajah Duduk

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu.



Jangan risau, saya bukan mahu menjual kain pelikat kepada anda. Dan saya tidak diupah oleh Syarikat Gajah Duduk untuk mempromosikan jenama mereka.

 (Pandang kanan, pandang kiri)

Saya sebenarnya ingin bercerita tentang kisah seorang sahabat Nabi S.A.W yang sangat osem keperibadiannya, supercool perjalanan hidupnya dan cukup super saiya pengorbanan dan kesungguhannya dalan jalan  dakwah dan tarbiyah. Malah sebentar lagi mesti terdetik di hati anda,

"Oh... nya duhal tek"

atau

"Ohhh! dah tauk dah..."

kerana terlalu glamournya  sahabat yang seorang ini.

Mus'ab bin Umair R.A

Mus'ab bin Umair R.A dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan sahaja berada, malah terkenal lagi terhormat di Mekah. Ditumis dan digaul rata sekali dengan faktor kehensemannya yang superultra, beliau sentiasa menjadi seorang yang diburu oleh anak-anak gadis sunti di Mekah. Malah diceritakan, bagaimana sekiranya Mus'ab berjalan-jalan di sekitar Mekah, anak-anak gadis sudah menunggu-nunggu di tepi jalan dengan harapan Mus'ab akan jatuh hati dengan mereka dan lantas melamarnya. Err. Tak dapatlah kak oiii!

Malah, Nabi S.A.W sendiri pernah bersabda tentang gahnya kehidupan Mus'ab sewaktu di zaman jahiliahnya, betapa tidak ada orang lain selain beliau yang lebih baik makanannya, pakaian dan kasih sayang yang diterimanya!

Ditakdirkan, cahaya Islam berjaya merangkul hati Mus'ab. Selepas Islamnya Mus'ab, perubahan yang berlaku atas dirinya begitu mendadak lagi mengagumkan. Pakaiannya tidak semewah dahulu. Cara hidupnya cukup sederhana lagi merendah diri. Ketaqwaan dan kechentaannya kepada Allah dan Rasul melebihi kechentaannya kepada dunia dan segala isinya.

Malah, boleh disimpulkan Mus'ab yang dahulunya biasa hidup bersulamkan Louis Vuitton, Tommy Hilfiger, Gucci  dan Massimo Dutti  kini mampu bersenang hati dengan t-shirt pagoda dan kain pelikat cap Gajah Duduk. Walaweyh!

Pengorbanan Mus'ab selepas keIslamannya bukan sedikit. Dia yang merupakan anak emas keluarganya terpaksa berdepan dengan penentangan ibunya yang dikasihi, Puan Khunnas binti Malik. Sehinggakan terkeluarlah dialog masyhur dari mulut Mus'ab apabila ibunya mengugut untuk berlapar sehingga mati sekiranya Mus'ab terus berdegil untuk bersama Islam.

"Andai kata ibu mempunyai 100 nyawa sekalipun, dan ia keluar satu persatu, saya tetap tidak berganjak daripada Islam yang saya yakini ini!"

Rasulullah S.A.W telah memberi penghormatan agung dan kepercayaan tertinggi di kalangan para sahabat kepada Mus'ab dengan menjadikannya duta dan naqib kepada penduduk Madinah selepas Perjanjian Aqabah yang pertama. Pernahkah anda terfikir, di kalangan para sahabat besar yang mantap-mantap semuanya, mengapa ar-Rasul memilih Mus'ab agaknya? Hmmmm... kenak oh?
Pasti ada kualiti Mus'ab yang menyebabkan Baginda begitu yakin dengan Mus'ab.

Dan Mus'ab tidak mengecewakan Baginda; diceritakan bagaimana tiada sebuah rumah pon  di Madinah yang tidak pernah diketuk oleh Mus'ab demi menyeru mereka semua kepada Allah. Ini... Ini... supercool!

Akhirnya, Mus'ab dipanggil mengahadap Allah Azza Wajala dalam keadaan yang paling mulia, yakni mati syahid dalam peperangan Uhud. Jasad Mus'ab ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Ketika tubuh badannya yang terbujur kaku ditutupi dengan sehelai kain, didapati kain tersebut tidak cukup labuh untuk menutupi kesuluruhan badannya. Melihatkan keadaan ini, bercucuran air mata Rasulullah S.A.W lantas Baginda bersabda (maksudnya)

"Ketika pertama kali aku berjumpa denganmu, tiada seorang pun yang lebih tampan dan elok pakaiannya daripadamu. Tetapi hari ini, aku melihat dirimu compang-camping dan hanya sehelai kain menutupimu!"

Bagaimana? Kisah ini berjaya membuatkan mata anda bersinar-sinar?

Nukilan, Inche Gabbana.

7 Dis 2014

Keajaiban Manusia di Akhir Zaman

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Sesungguhnya, keajaiban manusia akhir zaman ini amat banyak.
Kita kurang peka kerana kita melihat dunia ini aman. Namun, bila kita amati dengan baik, kita akan mencari pelbagai keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman dan hampir dalam semua garis kehidupan. Keajaiban yang kita maksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik tetapi melainkan pola fikiran manusia yang paradoks yang berkembang di akhir zaman ini. 

Berikut ini adalah sebahagian kecil dari fikiran paradoks yang berkembang akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. Lebih ajaib lagi, fikiran paradoks tersebut dimiliki pula oleh sebahagian umat Islam dan para tokoh mereka. Di antaranya:

Bila seorang pengusaha atau pejabat tinggi melakukan korupsi berbilion, maka pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dengan mudah mengatakan tidak ada bukti untuk menahan dan mengadilinya.

Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan, dengan mudah dapat ditangkap, dibicarakan dan diputuskan hukuman penjara, walaupun mereka mengambil hanya satu buah tembikai atau tiga batang ubi kayu, mungkin saja kerana lapar.

Bila ada orang atau kumpulan dengan jelas merosakkan dan menghina ajaran Islam yang sangat fundamental, seperti Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya berlaku di negara Islam, maka orang dengan mudah mengatakan yang demikian itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan menafsirkan agama.


Namun, bila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten dengan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak boleh berdakwah dengan hikmah, bahkan perlu dicurigai sebagai calon pengganas.


Apa saja yang dituliskan dalam akhbar, dengan mudah orang mempercayainya, walaupun itu hanya tulisan manusia dan belum teruji kebenarannya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.

Akan tetapi, apa yang tercantum dalam Al-Quran belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Quran itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang mustahil berbohong. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari berbagai sisi ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan mengajarkan Al-Quran boleh mengajarkan fahaman terorisme.


Tidak sedikit manusia, termasuk yang mengaku Muslim yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka kacau dan mereka selalu menghadapai pelbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para penguasa negara mereka. Mereka masih saja menuntut: inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.


Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu akan membawa kepada kemunduran, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat, Adalah mustahil Allah menzalimi hamba-Nya.

Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia sedang menjalankan ajaran agamanya.




Namun, ketika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang selalu harus dicurigai, khususnya ketika masuk ke tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.

Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya dengan rapi, orang akan mengatakan bahawa Biarawati itu telah menghadiahkan dirinya untuk Tuhan-nya.

Namun, bila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terbelakang dan tidak sesuai dengan zaman, padahal mereka yang menuduh itu, para penganut fahaman demokrasi, yang katanya setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.

\Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja di luar kerana menjaga anak, menguruskan rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja di luar rumah demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.
Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suami, menguruskan kerja rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya dia dikongkong dan perlu dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki atau apa yang sering mereka katakan dengan kesaksamaan gender.

Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan pelbagai barang perhiasan dan pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.


Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya eksklusif dan berfikiran sempit tidak sesuai dengan peraturan dan paradigma kampus atau tempat kerja mereka.

Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah pembinaan bakat, kecerdasan dan kreativiti seorang kanak-kanak.


Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pola pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.

Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan keatas negara Islam khususnya di Palestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.


Akan tetapi, bila kaum Muslim melawan Yahudi atas nama pembebasan Palestin, atau melawan Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.

Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.

Namun, bila orang Palestina melakukan hal yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari penculikan dan pembunuhan oleh tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari dinoda oleh pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? kerana dia adalah seorang Muslim.

Bila anak-anak Yahudi diajarkan ilmu perang dan senjata automatik untuk membunuh kaum Muslimin di Palestin, maka akan menegatakan bahwa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri walaupun mereka adalah penceroboh.

Namun, bila anak Palestina belajar melemparkan batu menghadapi rejim Yahudi yang dilengkapi dengan tank dan senjata canggih yang menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka sebagai pelaku kejahatan yang pantas ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan belasan tahun.
Inilah sekelumit keajaiaban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita mendapatkan pelajaran yang baik sehingga dapat menentukan sikap yang benar, atau kita akan jatuh menjadi mangsa keajaiban akhir zaman? 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

29 Nov 2014

Kegemilangan, keruntuhan dan kebangkitan ISLAM

Sempena memperingati peristiwa yang berlaku pada tanggal 3hb Mac 1924 iaitu Kejatuhan Khilafah Islamiyah, maka marilah sama-sama kita menyingkap sorotan sejarah yang berlaku kepada umat Islam pada kegemilangan, keruntuhan dan kebangkitan Islam itu sendiri.  


Sejak Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam diutuskan oleh Allah Subhanhu Wa Taala sebagai utusanNya bagi membimbing manusia untuk kembali kepada maha pencipta Allah Subhanhu Wa Taala. 

Di mana sebelum itu, mereka hidup di dalam kejahilan dan tidak ada pedoman kehidupan yang sebenar sehinggalah datangnya Islam kepada mereka.  Dengan itu, bermulalah ketamadunan Islam yang bertapak di Tanah Arab dari Zaman Kenabian Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam sehingga kejatuhan Empayar Islam di bawah Pemerintahan Khilafah Uthmaniyah di Turki pada 3hb Mac 1924.  


Selepas itu, kebangkitan Islam mula dibangunkan semula dengan melalui beberapa Gerakan Islam pada tahun 1928 selepas empat tahun kejatuhannya. As-Syahid Imam Hasan Al Banna antara salah seorang perintis kebangkitan Islam iaitu Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir. 

Ini menunjukkan bahawa kegemilangan Islam itu pasti berlaku selepas beberapa peringkat atau fasa yang dilalui sebelum mencapai kegemilangan Islam itu.




Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa: 

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

"Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah,kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

 "Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."  

"Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."  

"Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)." 

"Kemudian baginda (Nabi) diam" 

[Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah]

25 Nov 2014

Lelaki Hensem dan Samseng Habsyah

Lelaki itu tampan. Terserlah kewibawaan di wajahnya.

Lelaki itu menghadap Abrahah, petualang dari Habsyah. Abrahah terpesona dengan karisma lelaki itu.

'Tentu dia ni ketua Bani Hashim, penjaga Kaabah. Boleh jadi, dia nak merayu kat aku supaya tak serang Kaabah,' bisik hati Abrahah.

'Tuan, saya pohon agar tuan serahkan unta-unta milik saya yang telah tuan rampas,' ringkas sahaja permintaan lelaki itu. Rupanya, beliau adalah Abdul Mutalib, nenenda Rasulullah S.A.W.

Abrahah kaget.

Itu sahaja yang kau minta? Rupa tampan, tapi, tak sangkanya aku! getus hati Abrahah, seraya berkata, 'Baiklah. Apa lagi permintaan kau?' soalnya menguji kewibawaan dan hasrat lelaki tadi.

Spontan sahaja Abdul Mutalib menyahut dengan nada yakin, 'manakala Kaabah, aku serahkan kepada tuannya untuk menjaganya.' Begitulah kaum Quraisy, rata-ratanya tidak resah akan keamanan Kaabah kerana mereka tahu Kaabah ada penjaganya.

Tidak lama kemudian, Kaabah pun diserang oleh Abrahah dan tenteranya yang terdiri daripada manusia dan haiwan besar yang belum pernah dilihat oleh penduduk Mekah pada ketika itu. Tetapi 12 ekor haiwan segagah gajah juga merupakan makhluk Penjaga Kaabah. Gajah enggan mentaati perintah Abrahah.

Sejurus selepas itu, hadir pula burung-burung berterbangan dari langit melontar batuan kecil amat berbisa diperbuat daripada tanah. Abrahah dan tenteranya lari bertempiaran.

Akhirnya, rancangan Abrahah dan tentera bergajahnya gagal. Sungguh, peristiwa tersebut membuatkan kaum Quraisy terpaku menyaksikan keajaiban bantuan Allah. Begitulah yang dirakamkan dalam buku sejarah. Ada yang mendakwa bahawa sejurus selepas itu, Abrahah dan tenteranya meninggal dunia akibat demam campak dan penyakit kulit.

Lebih 40 tahun berlalu dan peristiwa agung itu, Allah S.W.T mengimbau kembali peristiwa itu dalam Surah Al-Fiil ayat 1-5.

23 Nov 2014

Anda Mampu Bebas Dari Jahiliyah!

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji pujian bagi Allah, tuhan yang mengatur langit dan bumi, kerana kita telah diberi peluang untuk hidup, tidak lain dan tidak bukan bagi meng'upgrade' amal ibadah kita.

Seperti yang kita sedia maklum, manusia memang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Tetapi, itu bukanlah bermakna bahawa manusia haruslah sering kali melakukan dosa tetapi sebaliknya, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kita dari pelbagai sudut dan aspek.

Tanpa membuang masa, ayuhlah kita selami beberapa maksiat yang kita sering lakukan dan marilah kita mengubah diri kita ini! INFIRU!!!

1. Couple

Couple. Senario yang biasa, yang mudah ditemui di mana-mana waima mungkin diri anda sendiri melakukan perkara ini. Jangan risau, masih ada cara untuk mengubati / mengelak perkara ini.

  • Perlu ada tekad dan keinginan yang kuat, kefahaman yang secerah kristal tentang kenapa perlu tidak ber'couple', disertai dengan doa supaya Allah teguhkan hati dan mempermudahkan urusan kedua-dua belah pihak.
  • Memfokuskan diri habis-habisan pada dakwah dan rebut semua peluang kerja dakwah yang ada supaya tidak selalu fikir tentang 'si dia'.
  • Kalau anda tidak mampu juga, kahwinlah! Perkara ini sememangnya pilihan yang terbaik, bagi mengelak zina. Na'uzubillahi minzalik...
2. Tonton Drama dan Dengar Lagu Jiwang
  • Isi masa lapang dengan urusan dakwah dan tarbiyah atau aktiviti yang lebih memberi manfaat.
  • Kalau hendak berhibur pun, hendaklah yang menjurus kepada drama yang mencambah kecintaan kita kepada Allah ;) .
  • Sedar dan fokus terhadap matlamat hidup kita.


3. Pakaian
  • Rasalah izzah, iaitu bangga, untuk kelihatan berbeza daripada majoriti manusia di luar sana.
  • Anda perlu berada dalam 'biah' yakni suasana yang soleh iaitu sahabat-sahabat yang mengenakan pakaian selaras dengan syariat Islam.
  • Berubah sedikit demi sedikit tetapi beristiqamah :) .


4. Benda Lagha
  • Ingat mati, kot! Kuatkan diri melawan hawa nafsu! Kan Allah pernah berkata, tipu daya syaitan itu lemah? Cuba fikirkan, orang kafir sedang jatuhkan umat Islam dengan serangan fikrah berpaksikan hedonisme dan kita terus hanyut dalam kelekaan. Patutkah?
(Artikel dipetik daripada majalah JOM! Isu 03)

25 Okt 2014

Makan Malam Penghargaan Ahli Badar 2013/2014 (2014)

















18 Okt 2014

Makan Malam Penghargaan Ahli Badar 2013/2014 (2014)

 

















Hakcipta @ 2015 Blog BADAR SainsKu.