23 Nov 2014

Filled Under:

Anda Mampu Bebas Dari Jahiliyah!

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji pujian bagi Allah, tuhan yang mengatur langit dan bumi, kerana kita telah diberi peluang untuk hidup, tidak lain dan tidak bukan bagi meng'upgrade' amal ibadah kita.

Seperti yang kita sedia maklum, manusia memang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Tetapi, itu bukanlah bermakna bahawa manusia haruslah sering kali melakukan dosa tetapi sebaliknya, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kita dari pelbagai sudut dan aspek.

Tanpa membuang masa, ayuhlah kita selami beberapa maksiat yang kita sering lakukan dan marilah kita mengubah diri kita ini! INFIRU!!!

1. Couple

Couple. Senario yang biasa, yang mudah ditemui di mana-mana waima mungkin diri anda sendiri melakukan perkara ini. Jangan risau, masih ada cara untuk mengubati / mengelak perkara ini.

  • Perlu ada tekad dan keinginan yang kuat, kefahaman yang secerah kristal tentang kenapa perlu tidak ber'couple', disertai dengan doa supaya Allah teguhkan hati dan mempermudahkan urusan kedua-dua belah pihak.
  • Memfokuskan diri habis-habisan pada dakwah dan rebut semua peluang kerja dakwah yang ada supaya tidak selalu fikir tentang 'si dia'.
  • Kalau anda tidak mampu juga, kahwinlah! Perkara ini sememangnya pilihan yang terbaik, bagi mengelak zina. Na'uzubillahi minzalik...
2. Tonton Drama dan Dengar Lagu Jiwang
  • Isi masa lapang dengan urusan dakwah dan tarbiyah atau aktiviti yang lebih memberi manfaat.
  • Kalau hendak berhibur pun, hendaklah yang menjurus kepada drama yang mencambah kecintaan kita kepada Allah ;) .
  • Sedar dan fokus terhadap matlamat hidup kita.


3. Pakaian
  • Rasalah izzah, iaitu bangga, untuk kelihatan berbeza daripada majoriti manusia di luar sana.
  • Anda perlu berada dalam 'biah' yakni suasana yang soleh iaitu sahabat-sahabat yang mengenakan pakaian selaras dengan syariat Islam.
  • Berubah sedikit demi sedikit tetapi beristiqamah :) .


4. Benda Lagha
  • Ingat mati, kot! Kuatkan diri melawan hawa nafsu! Kan Allah pernah berkata, tipu daya syaitan itu lemah? Cuba fikirkan, orang kafir sedang jatuhkan umat Islam dengan serangan fikrah berpaksikan hedonisme dan kita terus hanyut dalam kelekaan. Patutkah?
(Artikel dipetik daripada majalah JOM! Isu 03)

0 komen:

Catat Ulasan

Hakcipta @ 2015 Blog BADAR SainsKu.