Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu.
Jangan risau, saya bukan mahu menjual kain pelikat kepada anda. Dan saya tidak diupah oleh Syarikat Gajah Duduk untuk mempromosikan jenama mereka.
(Pandang kanan, pandang kiri)
Saya sebenarnya ingin bercerita tentang kisah seorang sahabat Nabi S.A.W yang sangat osem keperibadiannya, supercool perjalanan hidupnya dan cukup super saiya pengorbanan dan kesungguhannya dalan jalan dakwah dan tarbiyah. Malah sebentar lagi mesti terdetik di hati anda,
"Oh... nya duhal tek"
atau
"Ohhh! dah tauk dah..."
kerana terlalu glamournya sahabat yang seorang ini.
Mus'ab bin Umair R.A
Mus'ab bin Umair R.A dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan sahaja berada, malah terkenal lagi terhormat di Mekah. Ditumis dan digaul rata sekali dengan faktor kehensemannya yang superultra, beliau sentiasa menjadi seorang yang diburu oleh anak-anak gadis sunti di Mekah. Malah diceritakan, bagaimana sekiranya Mus'ab berjalan-jalan di sekitar Mekah, anak-anak gadis sudah menunggu-nunggu di tepi jalan dengan harapan Mus'ab akan jatuh hati dengan mereka dan lantas melamarnya. Err. Tak dapatlah kak oiii!
Malah, Nabi S.A.W sendiri pernah bersabda tentang gahnya kehidupan Mus'ab sewaktu di zaman jahiliahnya, betapa tidak ada orang lain selain beliau yang lebih baik makanannya, pakaian dan kasih sayang yang diterimanya!
Ditakdirkan, cahaya Islam berjaya merangkul hati Mus'ab. Selepas Islamnya Mus'ab, perubahan yang berlaku atas dirinya begitu mendadak lagi mengagumkan. Pakaiannya tidak semewah dahulu. Cara hidupnya cukup sederhana lagi merendah diri. Ketaqwaan dan kechentaannya kepada Allah dan Rasul melebihi kechentaannya kepada dunia dan segala isinya.
Malah, boleh disimpulkan Mus'ab yang dahulunya biasa hidup bersulamkan Louis Vuitton, Tommy Hilfiger, Gucci dan Massimo Dutti kini mampu bersenang hati dengan t-shirt pagoda dan kain pelikat cap Gajah Duduk. Walaweyh!
Pengorbanan Mus'ab selepas keIslamannya bukan sedikit. Dia yang merupakan anak emas keluarganya terpaksa berdepan dengan penentangan ibunya yang dikasihi, Puan Khunnas binti Malik. Sehinggakan terkeluarlah dialog masyhur dari mulut Mus'ab apabila ibunya mengugut untuk berlapar sehingga mati sekiranya Mus'ab terus berdegil untuk bersama Islam.
"Andai kata ibu mempunyai 100 nyawa sekalipun, dan ia keluar satu persatu, saya tetap tidak berganjak daripada Islam yang saya yakini ini!"
Rasulullah S.A.W telah memberi penghormatan agung dan kepercayaan tertinggi di kalangan para sahabat kepada Mus'ab dengan menjadikannya duta dan naqib kepada penduduk Madinah selepas Perjanjian Aqabah yang pertama. Pernahkah anda terfikir, di kalangan para sahabat besar yang mantap-mantap semuanya, mengapa ar-Rasul memilih Mus'ab agaknya? Hmmmm... kenak oh?
Pasti ada kualiti Mus'ab yang menyebabkan Baginda begitu yakin dengan Mus'ab.
Dan Mus'ab tidak mengecewakan Baginda; diceritakan bagaimana tiada sebuah rumah pon di Madinah yang tidak pernah diketuk oleh Mus'ab demi menyeru mereka semua kepada Allah. Ini... Ini... supercool!
Akhirnya, Mus'ab dipanggil mengahadap Allah Azza Wajala dalam keadaan yang paling mulia, yakni mati syahid dalam peperangan Uhud. Jasad Mus'ab ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Ketika tubuh badannya yang terbujur kaku ditutupi dengan sehelai kain, didapati kain tersebut tidak cukup labuh untuk menutupi kesuluruhan badannya. Melihatkan keadaan ini, bercucuran air mata Rasulullah S.A.W lantas Baginda bersabda (maksudnya)
"Ketika pertama kali aku berjumpa denganmu, tiada seorang pun yang lebih tampan dan elok pakaiannya daripadamu. Tetapi hari ini, aku melihat dirimu compang-camping dan hanya sehelai kain menutupimu!"
Bagaimana? Kisah ini berjaya membuatkan mata anda bersinar-sinar?
Nukilan, Inche Gabbana.
21 Dis 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 komen:
Catat Ulasan