Assalamualaikum.Ini kisah aku,Ana.Pertama sekali,Alhamdulillah kerana keluarga Ana ialah sebuah keluarga yang lengkap.Masih ada ayah,ibu dan adik-beradik yang lain.Tapi,Ana masih berasa sedih kerana tidak kesemuanya menunaikan kewajipan yang lengkap kepada Allah.Ana sedih.Ana pun begitu,masih ada sahaja yang tidak lengkap.
Memang setiap hamba Allah tidak akan lari daripada melakukan kesilapan,bukan?Namun,Allah sentiasa membuka pintu taubatNya buat hambaNya yang ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya.
Pada mulanya,Ana ingat Ana sempurna.Tetapi tidak!
Ayah dan ibu Ana sudah lama tidak solat.Tetapi,mereka suka dengar ceramah agama melalui televisyen dan radio walaupun jarang sekali menjejakkan kaki ke surau mahupun masjid.Rancangan 'Kalau Ada Jodoh bersama Ustaz Kazim Elias' jarang sekali ditinggalkan.Aku bersyukur pada yang itu.Mungkin sebab itulah Allah telah membukakan hati ayah dan ibu Ana sedikit demi sedikit.
Pertama sekali,ibuku.Pada suatu hari,seusai sahaja aku solat Maghrib dan solat sunat hajat,aku mengambil Al-Quran yang tersusun rapi di rak dan membacanya.Pada waktu itu juga,ibuku ingin ke bilikku.Aku pun tidak tahu apa tujuannya.Terbuka hati mungkin? Keesokkannya pada waktu yang sama,ibuku menghampiriku.Ibuku membawa senaskah Iqra' dan memintaku mengajarnya huruf-huruf asas.Ibuku jujur mengaku bahawa dia sudah tidak mengenal huruf-huruf itu lagi. Alangkah riangnya hati ini.'Alahamdulillah' ujarku dalam hati.Allah telah memakbulkan doaku.Ibuku juga sudah belajar cara-cara untuk solat lagi.Ibuku begitu tekun mempelajarinya dan menghafalnya.Aku begitu kagum kepadanya.Aku berharap agar Allah sentiasa membukakan hati ibuku.Mungkin dahulu ibuku seorang yang free-hair tetapi kini sudah berhijab walaupun tidak sempurna.Tidak mengapa.Biarlah ibuku mempelajari perihal aurat sedikit demi sedikit.Mungkin dahulu ibuku tidak pernah solat ataupun membaca Al-Quran.Tidak mengapa.Biarlah ibuku mempelajarinya sedikit demi sedikit.
Seterusnya,ayahku.Sejujurnya Ana katakan dahulu sebuah tragedi pahit telah berlaku dalam hidup keluarga Ana.Itu semua gara-gara satu minuman,ARAK!.Pada waktu itu,Ana masih bersekolah rendah tetapi Ana tahu kejadian semuanya kerana tragedi itu berlaku dihadapan mata Ana.Hinggakan ibu Ana meminta cerai daripada ayah Ana.Ayah Ana melanggar rumah kami dengan keretanya dan hampir saja membakar rumah kami.Nasib baik dengan bantuan jiran, api itu dapat dipadamkan dengan segera.Selepas itu,ayah Ana memandu keluar dari kampung kami itu.Ana pun tidak tahu ke mana ayahku pergi.Keesokkannya apabila Ana pergi ke sekolah,semua orang mencemuh Ana dengan panggilan 'anak penagih dadah'!Alangkah luluh hati Ana pada waktu itu.Tetapi,Alhamdulillah kini ayah Ana tidak lagi sebegitu rupa.Dia masih minum minuman haram tersebut tetapi di belakang kami.Hanya satu tin,dua tin ataupun lebih?Itu Ana tidak tahu.Tetapi Ana sentiasa berdoa agar Allah bukakan hati ayah Ana ke jalan yang benar dan ampunkan dosa ayah Ana.Hanya kepada Allah lah tempat Ana mengadu.Sekarang pada waktu Maghrib ayah Ana akan membuka siaran Astro Oasis dan mendengar alunan zikir walaupun dia tidak solat.Masih mendalami mungkin?
Mungkin itu sahaja dahulu yang Ana dapat kongsikan pada saat ini.Ana sentiasa berdoa agar Allah sentiasa membukakan hati ayah dan ibu Ana walaupun secara perlahan.Sekurang-kurangnya mereka tidak meninggalkan dunia ini kelak dalam kekufuran.
Sedekahkanlah doa buat ibu bapa anda di mana sahaja anda berada kerana kita tidak tahu masa ajal kita akan tiba.Jadikanlah kisah Ana ini sebagai tauladan dan peringatan kepada kita semua.Jagalah agama Allah,sesungguhnya Allah akan menjaga kamu.Kerana janji Allah itu pasti.
0 komen:
Catat Ulasan