Lelaki itu tampan. Terserlah kewibawaan di wajahnya.
Lelaki itu menghadap Abrahah, petualang dari Habsyah. Abrahah terpesona dengan karisma lelaki itu.
'Tentu dia ni ketua Bani Hashim, penjaga Kaabah. Boleh jadi, dia nak merayu kat aku supaya tak serang Kaabah,' bisik hati Abrahah.
'Tuan, saya pohon agar tuan serahkan unta-unta milik saya yang telah tuan rampas,' ringkas sahaja permintaan lelaki itu. Rupanya, beliau adalah Abdul Mutalib, nenenda Rasulullah S.A.W.
Abrahah kaget.
Itu sahaja yang kau minta? Rupa tampan, tapi, tak sangkanya aku! getus hati Abrahah, seraya berkata, 'Baiklah. Apa lagi permintaan kau?' soalnya menguji kewibawaan dan hasrat lelaki tadi.
Spontan sahaja Abdul Mutalib menyahut dengan nada yakin, 'manakala Kaabah, aku serahkan kepada tuannya untuk menjaganya.' Begitulah kaum Quraisy, rata-ratanya tidak resah akan keamanan Kaabah kerana mereka tahu Kaabah ada penjaganya.
Tidak lama kemudian, Kaabah pun diserang oleh Abrahah dan tenteranya yang terdiri daripada manusia dan haiwan besar yang belum pernah dilihat oleh penduduk Mekah pada ketika itu. Tetapi 12 ekor haiwan segagah gajah juga merupakan makhluk Penjaga Kaabah. Gajah enggan mentaati perintah Abrahah.
Sejurus selepas itu, hadir pula burung-burung berterbangan dari langit melontar batuan kecil amat berbisa diperbuat daripada tanah. Abrahah dan tenteranya lari bertempiaran.
Akhirnya, rancangan Abrahah dan tentera bergajahnya gagal. Sungguh, peristiwa tersebut membuatkan kaum Quraisy terpaku menyaksikan keajaiban bantuan Allah. Begitulah yang dirakamkan dalam buku sejarah. Ada yang mendakwa bahawa sejurus selepas itu, Abrahah dan tenteranya meninggal dunia akibat demam campak dan penyakit kulit.
Lebih 40 tahun berlalu dan peristiwa agung itu, Allah S.W.T mengimbau kembali peristiwa itu dalam Surah Al-Fiil ayat 1-5.
25 Nov 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen:
Catat Ulasan