29 Nov 2014

Kegemilangan, keruntuhan dan kebangkitan ISLAM

Sempena memperingati peristiwa yang berlaku pada tanggal 3hb Mac 1924 iaitu Kejatuhan Khilafah Islamiyah, maka marilah sama-sama kita menyingkap sorotan sejarah yang berlaku kepada umat Islam pada kegemilangan, keruntuhan dan kebangkitan Islam itu sendiri.  


Sejak Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam diutuskan oleh Allah Subhanhu Wa Taala sebagai utusanNya bagi membimbing manusia untuk kembali kepada maha pencipta Allah Subhanhu Wa Taala. 

Di mana sebelum itu, mereka hidup di dalam kejahilan dan tidak ada pedoman kehidupan yang sebenar sehinggalah datangnya Islam kepada mereka.  Dengan itu, bermulalah ketamadunan Islam yang bertapak di Tanah Arab dari Zaman Kenabian Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam sehingga kejatuhan Empayar Islam di bawah Pemerintahan Khilafah Uthmaniyah di Turki pada 3hb Mac 1924.  


Selepas itu, kebangkitan Islam mula dibangunkan semula dengan melalui beberapa Gerakan Islam pada tahun 1928 selepas empat tahun kejatuhannya. As-Syahid Imam Hasan Al Banna antara salah seorang perintis kebangkitan Islam iaitu Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir. 

Ini menunjukkan bahawa kegemilangan Islam itu pasti berlaku selepas beberapa peringkat atau fasa yang dilalui sebelum mencapai kegemilangan Islam itu.




Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa: 

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

"Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah,kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya." 

 "Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."  

"Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."  

"Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)." 

"Kemudian baginda (Nabi) diam" 

[Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah]

25 Nov 2014

Lelaki Hensem dan Samseng Habsyah

Lelaki itu tampan. Terserlah kewibawaan di wajahnya.

Lelaki itu menghadap Abrahah, petualang dari Habsyah. Abrahah terpesona dengan karisma lelaki itu.

'Tentu dia ni ketua Bani Hashim, penjaga Kaabah. Boleh jadi, dia nak merayu kat aku supaya tak serang Kaabah,' bisik hati Abrahah.

'Tuan, saya pohon agar tuan serahkan unta-unta milik saya yang telah tuan rampas,' ringkas sahaja permintaan lelaki itu. Rupanya, beliau adalah Abdul Mutalib, nenenda Rasulullah S.A.W.

Abrahah kaget.

Itu sahaja yang kau minta? Rupa tampan, tapi, tak sangkanya aku! getus hati Abrahah, seraya berkata, 'Baiklah. Apa lagi permintaan kau?' soalnya menguji kewibawaan dan hasrat lelaki tadi.

Spontan sahaja Abdul Mutalib menyahut dengan nada yakin, 'manakala Kaabah, aku serahkan kepada tuannya untuk menjaganya.' Begitulah kaum Quraisy, rata-ratanya tidak resah akan keamanan Kaabah kerana mereka tahu Kaabah ada penjaganya.

Tidak lama kemudian, Kaabah pun diserang oleh Abrahah dan tenteranya yang terdiri daripada manusia dan haiwan besar yang belum pernah dilihat oleh penduduk Mekah pada ketika itu. Tetapi 12 ekor haiwan segagah gajah juga merupakan makhluk Penjaga Kaabah. Gajah enggan mentaati perintah Abrahah.

Sejurus selepas itu, hadir pula burung-burung berterbangan dari langit melontar batuan kecil amat berbisa diperbuat daripada tanah. Abrahah dan tenteranya lari bertempiaran.

Akhirnya, rancangan Abrahah dan tentera bergajahnya gagal. Sungguh, peristiwa tersebut membuatkan kaum Quraisy terpaku menyaksikan keajaiban bantuan Allah. Begitulah yang dirakamkan dalam buku sejarah. Ada yang mendakwa bahawa sejurus selepas itu, Abrahah dan tenteranya meninggal dunia akibat demam campak dan penyakit kulit.

Lebih 40 tahun berlalu dan peristiwa agung itu, Allah S.W.T mengimbau kembali peristiwa itu dalam Surah Al-Fiil ayat 1-5.

23 Nov 2014

Anda Mampu Bebas Dari Jahiliyah!

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji pujian bagi Allah, tuhan yang mengatur langit dan bumi, kerana kita telah diberi peluang untuk hidup, tidak lain dan tidak bukan bagi meng'upgrade' amal ibadah kita.

Seperti yang kita sedia maklum, manusia memang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Tetapi, itu bukanlah bermakna bahawa manusia haruslah sering kali melakukan dosa tetapi sebaliknya, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kita dari pelbagai sudut dan aspek.

Tanpa membuang masa, ayuhlah kita selami beberapa maksiat yang kita sering lakukan dan marilah kita mengubah diri kita ini! INFIRU!!!

1. Couple

Couple. Senario yang biasa, yang mudah ditemui di mana-mana waima mungkin diri anda sendiri melakukan perkara ini. Jangan risau, masih ada cara untuk mengubati / mengelak perkara ini.

  • Perlu ada tekad dan keinginan yang kuat, kefahaman yang secerah kristal tentang kenapa perlu tidak ber'couple', disertai dengan doa supaya Allah teguhkan hati dan mempermudahkan urusan kedua-dua belah pihak.
  • Memfokuskan diri habis-habisan pada dakwah dan rebut semua peluang kerja dakwah yang ada supaya tidak selalu fikir tentang 'si dia'.
  • Kalau anda tidak mampu juga, kahwinlah! Perkara ini sememangnya pilihan yang terbaik, bagi mengelak zina. Na'uzubillahi minzalik...
2. Tonton Drama dan Dengar Lagu Jiwang
  • Isi masa lapang dengan urusan dakwah dan tarbiyah atau aktiviti yang lebih memberi manfaat.
  • Kalau hendak berhibur pun, hendaklah yang menjurus kepada drama yang mencambah kecintaan kita kepada Allah ;) .
  • Sedar dan fokus terhadap matlamat hidup kita.


3. Pakaian
  • Rasalah izzah, iaitu bangga, untuk kelihatan berbeza daripada majoriti manusia di luar sana.
  • Anda perlu berada dalam 'biah' yakni suasana yang soleh iaitu sahabat-sahabat yang mengenakan pakaian selaras dengan syariat Islam.
  • Berubah sedikit demi sedikit tetapi beristiqamah :) .


4. Benda Lagha
  • Ingat mati, kot! Kuatkan diri melawan hawa nafsu! Kan Allah pernah berkata, tipu daya syaitan itu lemah? Cuba fikirkan, orang kafir sedang jatuhkan umat Islam dengan serangan fikrah berpaksikan hedonisme dan kita terus hanyut dalam kelekaan. Patutkah?
(Artikel dipetik daripada majalah JOM! Isu 03)

Hakcipta @ 2015 Blog BADAR SainsKu.