Ahlan Wasahlan
Selamat Datang ke Blog BADAR SM Sains Kuching, Kuching, Sarawak.
[50:16]
Allah itu lebih dekat dari urat leher kita :)
"Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala bermula dengan tarbiyah" -Mustafa Masyhur-
Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan suatu jalan untuknya ke syurga. [HR Abu Hurairah]

3 Jan 2018

TAHUN BARU WAJAH BARU !!!!!


Alhamdulillah...untuk pembuka cerita tahun 2018 ni Surau Darul Faizin berwajah baru!!! Projek pemasangan karpet baharu untuk Surau Darul Faizin berjaya dilaksanakan pada 30 Disember yang lalu. 

First and foremost, thanks kepada pihak yang menyumbang dalam usaha mendapatkan karpet baharu untuk surau SainsKu. Then, thanks again for those yang terlibat dalam proses pemasangan karpet baharu tersebut, especially guru-guru and students. Pray for the continuos blessings for all of us in every single thing we do in life.

gonna share some of the pictures during the pemasangan karpet day...
PS: credit to ust mohd fuad abdullah for the photos




last time in 2014 colour surau was green and white...alhamdulillahrezeki, dapat colour baru

9 Nov 2015

Tepuk dada,tanya iman


Usai sahaja azan Maghrib berkumandang, aku memanjangkan langkahku menuju ke surau Darul Insyirah.Aku berseorangan buat pertama kalinya.Pada mulanya,aku berasa ragu-ragu samaada hendak pergi atau tidak memandangkan rakan-rakan aku yang lain semua menolak ajakanku.Jadi,Alhamdulillah aku dapat menepis hasutan syaitan itu dan meneruskan perjalananku menuju ke surau.Sampai sahaja aku di surau, pilu hatiku tatkala melihat surau lengang tanpa manusia.Yang ada pun,bilal tadi.Aku melangkah masuk ke dalam surau dan menunaikan solat sunat.Tidak lama kemudian,iqamat pun dilaungkan.Di saat itu,aku berasa keseorangan.Tiada makmum wanita yang lain di situ.Hanya aku!Tatkala iu juga ,hatiku terdetik " Oh ya Allah, bagaimanakah jikalau aku berseorangan di akhirat nanti?Apakah yang akan aku lakukan?" 

Usai solat Maghrib, barulah 4 orang lagi muslimah memeriahkan surau kami. 

'Alhamdulillah'

Aku pun mengambil Al-Quran yang tersusun rapi di atas rak dan terus membacanya.Selepas itu,aku membaca tafsir ayat-ayat tersebut kerana apa gunanya membaca sahaja tanpa memahami maksud bacaan kan.

'Tok!Tok!'

Bunyi mikrofon yang diketuk oleh bilal menandakan azan Isyak bakal berkumandang.Aku tidak perasan pun setengah jam sudah berlalu!Selepas solat Isyak,aku pun teringat kata-kata ustazku, 'kita terlalu mementingkan urusan dunia daripada urusan akhirat'Bayangkan dalam masa sehari,seberapa banyakkah masa yang kita luangkan kepada Allah?Jangan hanya ketika kita hendak menduduki peperiksaan ataupun sakit sahja, kita mendekatkan diri kepadaNya.'

Teman-teman, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.Jangan mementingkan duniawi daripada ukhrawi.

Tepuklah dada, tanya iman.

21 Feb 2015

Kisah Ana 1

Assalamualaikum.Ini kisah aku,Ana.Pertama sekali,Alhamdulillah kerana keluarga Ana ialah sebuah keluarga yang lengkap.Masih ada ayah,ibu dan adik-beradik yang lain.Tapi,Ana masih berasa sedih kerana tidak kesemuanya menunaikan kewajipan yang lengkap kepada Allah.Ana sedih.Ana pun begitu,masih ada sahaja yang tidak lengkap.

Memang setiap hamba Allah tidak akan lari daripada melakukan kesilapan,bukan?Namun,Allah sentiasa membuka pintu taubatNya buat hambaNya yang ingin kembali ke jalan yang diredhaiNya.

Pada mulanya,Ana ingat Ana sempurna.Tetapi tidak!

Ayah dan ibu Ana sudah lama tidak solat.Tetapi,mereka suka dengar ceramah agama melalui televisyen dan radio walaupun jarang sekali menjejakkan kaki ke surau mahupun masjid.Rancangan 'Kalau Ada Jodoh bersama Ustaz Kazim Elias' jarang sekali ditinggalkan.Aku bersyukur pada yang itu.Mungkin sebab itulah Allah telah membukakan hati ayah dan ibu Ana sedikit demi sedikit.

Pertama sekali,ibuku.Pada suatu hari,seusai sahaja aku solat Maghrib dan solat sunat hajat,aku mengambil Al-Quran yang tersusun rapi di rak dan membacanya.Pada waktu itu juga,ibuku ingin ke bilikku.Aku pun tidak tahu apa tujuannya.Terbuka hati mungkin? Keesokkannya pada waktu yang sama,ibuku menghampiriku.Ibuku membawa senaskah Iqra'  dan memintaku mengajarnya huruf-huruf asas.Ibuku jujur mengaku bahawa dia sudah tidak mengenal huruf-huruf itu lagi. Alangkah riangnya hati ini.'Alahamdulillah' ujarku dalam hati.Allah telah memakbulkan doaku.Ibuku juga sudah belajar cara-cara untuk solat lagi.Ibuku begitu tekun mempelajarinya dan menghafalnya.Aku begitu kagum kepadanya.Aku berharap agar Allah sentiasa membukakan hati ibuku.Mungkin dahulu ibuku seorang yang free-hair tetapi kini sudah berhijab walaupun tidak sempurna.Tidak mengapa.Biarlah ibuku mempelajari perihal aurat sedikit demi sedikit.Mungkin dahulu ibuku tidak pernah solat ataupun membaca Al-Quran.Tidak mengapa.Biarlah ibuku mempelajarinya sedikit demi sedikit.

Seterusnya,ayahku.Sejujurnya Ana katakan dahulu sebuah tragedi pahit telah berlaku dalam hidup keluarga Ana.Itu semua gara-gara satu minuman,ARAK!.Pada waktu itu,Ana masih bersekolah rendah tetapi Ana tahu kejadian semuanya kerana tragedi itu berlaku dihadapan mata Ana.Hinggakan ibu Ana meminta cerai daripada ayah Ana.Ayah Ana melanggar rumah kami dengan keretanya dan hampir saja membakar rumah kami.Nasib baik  dengan bantuan jiran, api itu dapat dipadamkan dengan segera.Selepas itu,ayah Ana memandu keluar dari kampung kami itu.Ana pun tidak tahu ke mana ayahku pergi.Keesokkannya apabila Ana pergi ke sekolah,semua orang mencemuh Ana dengan panggilan 'anak penagih dadah'!Alangkah luluh hati Ana pada waktu itu.Tetapi,Alhamdulillah kini ayah Ana tidak lagi sebegitu rupa.Dia masih minum minuman haram tersebut tetapi di belakang kami.Hanya satu tin,dua tin ataupun lebih?Itu Ana tidak tahu.Tetapi Ana sentiasa berdoa agar Allah bukakan hati ayah Ana ke jalan yang benar dan ampunkan dosa ayah Ana.Hanya kepada Allah lah tempat Ana mengadu.Sekarang pada waktu Maghrib ayah Ana akan membuka siaran Astro Oasis dan mendengar alunan zikir walaupun dia tidak solat.Masih mendalami mungkin?


Mungkin itu sahaja dahulu yang Ana dapat kongsikan pada saat ini.Ana sentiasa berdoa agar Allah sentiasa membukakan hati ayah dan ibu Ana walaupun secara perlahan.Sekurang-kurangnya mereka tidak meninggalkan dunia ini kelak dalam kekufuran.

Sedekahkanlah doa buat ibu bapa anda di mana sahaja anda berada kerana kita tidak tahu masa ajal kita akan tiba.Jadikanlah kisah Ana ini sebagai tauladan dan peringatan kepada kita semua.Jagalah agama Allah,sesungguhnya Allah akan menjaga kamu.Kerana janji Allah itu pasti.


18 Feb 2015

Pemimpin Seperti Salman

Selepas kewafatn Rasulullah S.A.W, Salman al-Farisi dilantik sebagai pemimpin Madain, iaitu sebuah wilayah di Iraq. Walaupun bergelar amir, keadaan beliau tidak berubah. Malahan, beliau menolak gaji yang patut diterimanya sebagai amir. Sebaliknya, beliau memperoleh wng hasil menganyam daun kurma. Pakaiannya pula hanya sehelai baju luar, dalam kesederhanaan dengan baju usangnya.
Beliau pernah ditanya: "Apakah yang menyebabkan tuan tidak menyukai jawatan sebagai amir?"
Beliau menjawab, :" Kerana manis sewaktu memegangnya, tetapi pahit sewaktu melepaskannya!"
Pada suatu hari, ketika sedang berjalan, beliau didatangi seorang lelaki dari Syam yang membawa sepikul buah tin dan kurma. Beban itu amat berat. Apabila dia melihat Salman dengan penampilan yang amat sederhana, dia memikirkan yang Salman ialah orang biasa. Dia terfikir untuk mengupah Salman mengangkat beban tersebut. 
Ini buah tin.
Dia mengisyaratkan Salman supaya datang kepadanya. Salman menurut dengan patuh. "Tolong bawakan barang-barangku ini!"
Salman memikul barang-barang tersebut dan mereka berjalan bersama-sama. Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan satu rombongan. Salman memberi salam kepada mereka. Rombongan tersebut membalas dalam keadaan berhenti: "Juga kepada amir, kami ucapkan salam."
"Juga kepada amir? Amir yang mana mereka maksudkan?" Orang dari Syam itu tertanya-tanya dalam hati. Kehairanannya kian bertambah ketika dilihatnya sebahagian anggota rombongan segera menuju ke arah lelaki yang diupahnya untuk membantu memikul beban yang dipikul itu. Mereka berkata: "Berikanlah kepada kami, wahai amir!"
Sekarang barulah orang Syam itu tahu bahawa kuli yang diupahnya itu bukan sembarangan orang. Beliau ialah Salman al-Farisi, amir kota Madain. Dia menjadi gugup. Kata-kata penyesalan dan kemaafan terbit daipada bibirnya.
Dia mendekat untuk mengambil beban itu dari tangan Salman, tetapi beliau menolak sambil menggelengkan kepala dan berkata, : "Tidak, sebelum aku hantar sampai ke rumahmu!"
Pada waktu yang lain pula, seorang sahabat memasuki rumah beliau yang amat sederhana. Ketika itu beliau sedang duduk menguli tepung. Maka sahabat itu bertanya, "Di manakah pembantumu?"
Beliau membalas, "Saya sudah menyuruhnya untuk melakukan sesuatu tugasan, maka saya tidak mahu dia melakukan pekerjaan yang berlebihan kerana itu menyusahkannya."
*amir-pemimpin
Petikan daripada Majalah Solusi, Isu 76

Hakcipta @ 2015 Blog BADAR SainsKu.