Usai sahaja azan Maghrib berkumandang, aku memanjangkan langkahku menuju ke surau Darul Insyirah.Aku berseorangan buat pertama kalinya.Pada mulanya,aku berasa ragu-ragu samaada hendak pergi atau tidak memandangkan rakan-rakan aku yang lain semua menolak ajakanku.Jadi,Alhamdulillah aku dapat menepis hasutan syaitan itu dan meneruskan perjalananku menuju ke surau.Sampai sahaja aku di surau, pilu hatiku tatkala melihat surau lengang tanpa manusia.Yang ada pun,bilal tadi.Aku melangkah masuk ke dalam surau dan menunaikan solat sunat.Tidak lama kemudian,iqamat pun dilaungkan.Di saat itu,aku berasa keseorangan.Tiada makmum wanita yang lain di situ.Hanya aku!Tatkala iu juga ,hatiku terdetik " Oh ya Allah, bagaimanakah jikalau aku berseorangan di akhirat nanti?Apakah yang akan aku lakukan?"
Usai solat Maghrib, barulah 4 orang lagi muslimah memeriahkan surau kami.
'Alhamdulillah'
Aku pun mengambil Al-Quran yang tersusun rapi di atas rak dan terus membacanya.Selepas itu,aku membaca tafsir ayat-ayat tersebut kerana apa gunanya membaca sahaja tanpa memahami maksud bacaan kan.
'Tok!Tok!'
Bunyi mikrofon yang diketuk oleh bilal menandakan azan Isyak bakal berkumandang.Aku tidak perasan pun setengah jam sudah berlalu!Selepas solat Isyak,aku pun teringat kata-kata ustazku, 'kita terlalu mementingkan urusan dunia daripada urusan akhirat'Bayangkan dalam masa sehari,seberapa banyakkah masa yang kita luangkan kepada Allah?Jangan hanya ketika kita hendak menduduki peperiksaan ataupun sakit sahja, kita mendekatkan diri kepadaNya.'
Teman-teman, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.Jangan mementingkan duniawi daripada ukhrawi.